Hi member2 luar sana. Selalu tak you
all kena migraine? Saya dah berzaman berperang dengan migraine ni. Dah dekat 20
tahun saya kena migraine. Dah macam2 ubat dan herba saya cuba. Elok kejap je. Lepas
tu datang balik. Kadang2 life tu rasa macam perit je. Yalah hanya yang pernah
kena migraine je tahu camna rasa sakit ni. Satu benda pun tak leh buat.
Saya biasanya kena waktu pagi. Entahlah saya ni jenis tak boleh bangun
lewat pagi. Paling selamat bangun tidur pukul 5 pagi...so risiko kena migraine
tu kuranglah. Kalau bangun tidur lewat daripada pukul 6.30pagi sure kena
punyalah. Memanglah bagus bangun awal pagi tapi ada hari tu penat gila, so
ingat nak rehat lebih lama sikit..hmm kalau buat gitu..sure habislah hari tu.
Dulu time kena migraine, mesti gi jumpa doktor. Saya macam dah hafal
dengan ubat2 yang akan diberi oleh doktor. Memang saya dapat agak apa ubat yang
akan doktor bagi. Panadol, Ponstan dan Cafergot tu memang sure dalam list.
Lama-kelamaan, saya macam dah bosan nak gi jumpa doktor. Haraplah satu hari nanti
ada doktor yang betul2 boleh bantu atasi migraine saya ni. Sementara tu, saya
ada juga cuba cara sendiri. Hari2 surf internet cari remedy untuk migraine. So
far ini yang saya dapat.
Ada orang cakap migraine serang kita sebab kurang magnesium dalam
tubuh badan kita. So saya belilah supplement magnesium
ni. Kalau kat Malaysia, susah nak cari supplement untuk magnesium je. Jadi saya
order online jelah. Malas nak gi shopping mall nak cari magnesium ni. Saya pun
mudah kena migraine kalau pusing-pusing banyak sangat. So yang terbaik order
online jelah. Magnesium ni juga bantu saya dalam masalah constipation. Dalam
sebulan, saya terimalah supplement ni dari USA. Saya pilih shipping biasa je. Kalau
nak cepat, kena pilih yang express la dan kos pun lebih mahal lah.
Selepas sebulan, terimalah magnesium ni. Sehari tu saya telan
sebiji je. Sebiji kapsul pun dah ada 500mg. Saya tak nak ambil lebih daripada
dosnya. Kesannya, rasa sakit dah kurang tapi kekerapan kena tu masih sama. Saya pun duduklah fikir apa yang harus dilakukan untuk kurangkan kekerapan kena
migraine ni. Saya pun adalah terfikir yang liver saya pun ada masalah sikit
maklumlah dah terlampau banyak telan ubat2 kimia. So nak target bersihkan
liver pula. Jadi consume pula Milk Thistle . Saya telan sebiji je sehari walaupun
disyorkan ambil 3x sehari. Sejak ambil Milk Thistle ni, dah boleh bangun pagi lewat sikit. Lewat tu taklah lewat sangat dalam 6.30 pagi.
Oklah tu kan daripada bangun keletihan tak cukup tidur.
Selain tu, saya ada ambil Vitamin B2 200mg. Nama lain vitamin ni
ialah Riboflavin. Vitamin ni saya dapat time gi jumpa doktor kat Glenegales
Hospital. Doktor suruh ambil vitamin ni untuk elakkan serangan migrain..kira
macam control dari awal2 lagi la supaya tak kena migraine. Saya punya supply ni
dah dekat nak habis. Kalau nak beli kat Gleneagales..mahal. Dulu kena kat
RM500 untuk X ray dan vitamin ni. Saya nak order online jugalah nanti vitamin B2 ni....lagipun jauh lebih murah 100
kapsul 100mg baru RM21++. Nak try ambil 100mg ni...mana tahu ok kan?
Last sekali, saya consume Omega 3 Fish Oil. Omega ni bagus untuk digestion.
Kalau sistem penghadaman kita tak baik, akan kena banyak angin pula which saya
believe boleh cause migraine juga. So sejak consume kempat-empat
supplement ni, memang boleh rasa perubahan yang baik. Kekerapan kena tu dah
banyak sangat kurang, dalam seminggu ni tak ada so far. Kalau dulu, tiap-tiap
hari mesti kena punya. Lagi satu, kalau pergi jalan jauh naik bas ataupun
kereta lepas tu kalau pergi round-round, mesti time petang2 dah kena. But dua
hari lepas saya pergi ke Melaka. Habis je ambil sarapan terus telan semua
supplement tu. Wow! rasanya inilah first time saya betul2 enjoy gi round2. Tidur
kat hotel pun lena je. Siap makan cendol bakar, dodol dan minum Pepsi. Nasib
baik betul langsung tak kena migraine. Makanan2 ni sebenarnya sangatlah
pantang untuk saya. Selalunya tengok jelah orang lain makan dan minum. Saya minum air suam
je!
Saya harap entri saya dapat membantu kawan2 di luar sana yang selalu
kena migraine. Saya just nak share pengalaman. Walau bagaimanapun, tak jamin
petua ni boleh bantu semua orang ya!. But just give a try la mana tahu boleh
cure u all. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang banyak kekurangan ni.
Minta maaflah ya kalau ada apa2 kesilapan yang tak disengajakan. Niat tu just
nak membantu je. Apapun saya bukanlah doktor yang bertauliah untuk bagi
sebarang nasihat perubatan yang tepat. Try2 boleh la.