Saturday, April 7, 2018

Nak Kek Ikut Design Baju?

Baru-baru ni ada kawan nak kahwin. Dia minta saya bagi idea untuk kek kahwin. Macam biasalah saya ada tunjuk kat dia gambar-gambar kek daripada internet. Dia cakap itu semua style lama. Dia cakap nak kek ikut style baju. Hmm..saya tak pernah dan tak pernah tengok ada kek macam tu maklumlah saya ni agak kuno sikit. 

Cari punya cari, selongkar punya selongkar jumpalah dua gambar ni. 


Zaman saya kahwin dulu, kek-kek semuanya simple je tak adalah cam dalam gambar2 kat atas. Hebat la zaman sekarang macam2 idea kek. Untung orang2 zaman sekarang ada banyak pilihan. Saya suka kek2 ni sebab simple and nice berpadanan dengan desin kat saree2 tu. 

Kek2 ni untuk perkahwinan orang India. Kalau ada kawan2 Melayu dan Cina nak reka kek ikut style baju kahwin u all, bolehlah share gambar kat sini. Sharing is caring kan! Kalau ada pakar2 hiasan kek kat luar tu bolehlah tinggalkan contact number dalam ruangan comment..mana tahu ada yang berminat kan?


Thursday, April 5, 2018

Anarkali Suits

Anarkali suits merupakan salah satu fesyen yang banyak mendapat sambutan  dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama. Fesyen ini berasal dari Lahore, Pakistan. Fesyen ini amat terkenal dalam era 60an. Anarkali menjadi popular setelah heroin terkenal Madhubala mengayakan pakaian ini dalam filem Bollywood Mughal E-Azam. Fesyen ini mendapat nama "Anarkali" sempena nama karakter Anarkali dalam filem tersebut.

Biasanya pereka-pereka fesyen Anarkali akan menggunakan fabrik daripada silk, velvet, georgette, brocade, chiffon dan net untuk mencipta design2 Anarkali yang amat cantik dan memukau mata ini.
Inilah contoh gambar Anarkali.

 So kalau ada yang berminat nak pakai anarkali, bolehlah click dan order kat sini:
https://www.pinterest.com/arpitasuitssarees/anarkali/

Monday, April 2, 2018

Kek Biru Putih Idaman Kalbu

Hari ni saya nak buat entri ringan. Semalam penat sangat asyik keluar masuk rumah je. Sekejap hantar anak ke kelas tae kwan do, balik rumah, keluar lagi pergi beli barang dapur, balik hantar dulu barang dapur sebab ada barang basah, keluar lagi pi pos parcel mak kat Festival City, lepas tu ambil balik anak dari kelas tae kwan do..adoi luckily malam tidur awal. Release sikit tension

Entri kali ni nak cakap pasal kek. Saya suka kek tapi tak suka buat kek. Saya suka tengok decoration2 kat kek. ternganga saya tengok kek2 yang cantik. Macam manalah dia orang begitu pandai decorate kek. So hari ni nak tunjuk design yang ni.

Cantik kan? Sesuai untuk wedding cake tak? Daripada sumber yang saya dapt, kek ni jenis kek hand painted. Perekanya guna design seramik dan pottery. Bunga2 dia lain2 jenis dan saiz. Guna dua colours je ya...biru and putih..oops saya rasa ada hitam juga kan? Warna hitam tu guna untuk buat garis2 kat tepi2 bunga, nak bagi timbul sikit la bunga2 tu.

Kalau ada yang teror buat design cam ni, bolehlah tinggalkan contact nombor anda kat ruangan komen tu. Mana tahu ada yang berminat nak order. Sambil baca2 entri saya ni, bolehlah buat duit jugak kan. 

Saturday, March 31, 2018

Kisah Migraine Saya


Hi member2 luar sana. Selalu tak you all kena migraine? Saya dah berzaman berperang dengan migraine ni. Dah dekat 20 tahun saya kena migraine. Dah macam2 ubat dan herba saya cuba. Elok kejap je. Lepas tu datang balik. Kadang2 life tu rasa macam perit je. Yalah hanya yang pernah kena migraine je tahu camna rasa sakit ni. Satu benda pun tak leh buat.


Saya biasanya kena waktu pagi. Entahlah saya ni jenis tak boleh bangun lewat pagi. Paling selamat bangun tidur pukul 5 pagi...so risiko kena migraine tu kuranglah. Kalau bangun tidur lewat daripada pukul 6.30pagi sure kena punyalah. Memanglah bagus bangun awal pagi tapi ada hari tu penat gila, so ingat nak rehat lebih lama sikit..hmm kalau buat gitu..sure habislah hari tu.


Dulu time kena migraine, mesti gi jumpa doktor. Saya macam dah hafal dengan ubat2 yang akan diberi oleh doktor. Memang saya dapat agak apa ubat yang akan doktor bagi. Panadol, Ponstan dan Cafergot tu memang sure dalam list. Lama-kelamaan, saya macam dah bosan nak gi jumpa doktor.  Haraplah satu hari nanti ada doktor yang betul2 boleh bantu atasi migraine saya ni. Sementara tu, saya ada juga cuba cara sendiri. Hari2 surf internet cari remedy untuk migraine. So far ini yang saya dapat.


Ada orang cakap migraine serang kita sebab kurang magnesium dalam tubuh badan kita. So saya belilah supplement magnesium ni. Kalau kat Malaysia, susah nak cari supplement untuk magnesium je. Jadi saya order online jelah. Malas nak gi shopping mall nak cari magnesium ni. Saya pun mudah kena migraine kalau pusing-pusing banyak sangat. So yang terbaik order online jelah. Magnesium ni juga bantu saya dalam masalah constipation. Dalam sebulan, saya terimalah supplement ni dari USA. Saya pilih shipping biasa je. Kalau nak cepat, kena pilih yang express la dan kos pun lebih mahal lah.



Selepas sebulan, terimalah magnesium ni. Sehari tu saya telan sebiji je. Sebiji kapsul pun dah ada 500mg. Saya tak nak ambil lebih daripada dosnya. Kesannya, rasa sakit dah kurang tapi kekerapan kena tu masih sama. Saya pun duduklah fikir apa yang harus  dilakukan untuk kurangkan kekerapan kena migraine ni. Saya pun adalah terfikir yang liver saya pun ada masalah sikit maklumlah dah terlampau banyak telan ubat2 kimia. So nak target bersihkan liver pula. Jadi consume pula Milk Thistle . Saya telan sebiji je sehari walaupun disyorkan ambil 3x sehari. Sejak ambil Milk Thistle ni,  dah boleh bangun pagi lewat sikit. Lewat tu taklah lewat sangat dalam 6.30 pagi. Oklah tu kan daripada bangun keletihan tak cukup tidur.


Selain tu, saya ada ambil Vitamin B2 200mg. Nama lain vitamin ni ialah Riboflavin. Vitamin ni saya dapat time gi jumpa doktor kat Glenegales Hospital. Doktor suruh ambil vitamin ni untuk elakkan serangan migrain..kira macam control dari awal2 lagi la supaya tak kena migraine. Saya punya supply ni dah dekat nak habis. Kalau nak beli kat Gleneagales..mahal. Dulu kena kat RM500 untuk X ray dan vitamin ni. Saya nak order online jugalah nanti vitamin B2 ni....lagipun jauh lebih murah 100 kapsul 100mg baru RM21++. Nak try ambil 100mg ni...mana tahu ok kan?


Last sekali, saya consume Omega 3 Fish Oil. Omega ni bagus untuk digestion. Kalau sistem penghadaman kita tak baik, akan kena banyak angin pula which saya believe boleh cause migraine juga.  So sejak consume kempat-empat supplement ni, memang boleh rasa perubahan yang baik. Kekerapan kena tu dah banyak sangat kurang, dalam seminggu ni tak ada so far. Kalau dulu, tiap-tiap hari mesti kena punya. Lagi satu, kalau pergi jalan jauh naik bas ataupun kereta lepas tu kalau pergi round-round, mesti time petang2 dah kena. But dua hari lepas saya pergi ke Melaka. Habis je ambil sarapan terus telan semua supplement tu. Wow! rasanya inilah first time saya betul2 enjoy gi round2. Tidur kat hotel pun lena je. Siap makan cendol bakar, dodol dan minum Pepsi. Nasib baik betul langsung tak kena migraine. Makanan2 ni sebenarnya sangatlah pantang untuk saya. Selalunya tengok jelah orang lain makan dan minum. Saya minum air suam je!


Saya harap entri saya dapat membantu kawan2 di luar sana yang selalu kena migraine. Saya just nak share pengalaman. Walau bagaimanapun,  tak jamin petua ni boleh bantu semua orang ya!. But just give a try la mana tahu boleh cure u all. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang banyak kekurangan ni. Minta maaflah ya kalau ada apa2 kesilapan yang tak disengajakan. Niat tu just nak membantu je.  Apapun saya bukanlah doktor yang bertauliah untuk bagi sebarang nasihat perubatan yang tepat. Try2 boleh la.

Punjabi Suit Style Churidar

Ini adalah anatara favorite saya. Nampak lebih kemas bila pakai churidar ni. Kebanyakan punjabi suit saya adalah jenis ini. Churidar tu basically bermaksud seluar punjabi suit yang lebih sempit, lebih kurang macam legging tapi taklah seketat legging. Hahaha...pening dah? Bagi miss2 cikgu..bolehlah pilih style ni untuk ke sekolah. Design untuk bahagian leher, panjang lengan baju, cutting baju semuanya boleh dijahit mengikut pilihan customer. Bagi yang tak kenal style churidar, kat bawah ni ada gambarnya:

Ha..nampak tu..seluarnya agak ketat sikit tapi masih selesa untuk dipakai. Ramai anak gadis minat style ni sebab sesuai untuk dipakai ke office dan kolej. Kalau saiz badan u kecil, so kain tu boleh diubahsuai untuk jahit full sleeves. Tapi saya lebih suka lengan yang macam dalam gambar tu. Ada orang cakap kalau bagi yang bersaiz besar, elok pakai yang lengan pendek. Hmm.. saiz saya bukan kecil dan bukan besar, but I still prefer yang lengan tiga suku tu. 

Kalau u all jenis yang suka baju labuh, bolehlah pilih style ni. Seluarnya tetap sama..style churidar. Fesyen ni amat sesuai untuk wanita-wanita yang tinggi lampai. Yang tak tinggi sangat tu, eloklah pilih style yang macam kat atas tu. Untuk both fesyen ni, cantik bergaya kalau kita pakai high heels. In my case, saya suka pakai sandal je...saya tak reti jalan kalau pakai high heels ni..sure jalan kengkang punya. 😃

If u all nak order churidar, bolehlah klik link ini: 
Boleh pm saya untuk dapatkan total cost termasuk shipping cost ya! Order akan ambil masa selama 30 hari untuk customer terima. Jadi kalau nak pakai suit tu dalam bulan May atau Jun, orderlah dalam bulan April. Saya tak dapat penuhi last minute order sebab stok ada kat India ya! 








Friday, March 30, 2018

Patiyala Suit

Salah satu cabang punjabi suit ialah patiala suit. Patiala merupakan fesyen paling awal dalam kategori punjabi suit. Fesyen ini berasal dari Patiala, Punjab, India. Patiala merupakan seluar longgar yang mempunyai banyak "pleats". Kain yang diperlukan adalah dua kali ganda daripada menjahit seluar biasa. Seluar ini jenis yang "baggy". Tukang jahit akan menggunakan sejenis tali benang untuk mengikat seluar ini di pinggang pemakai. Kelebihannya, sesiapa saja boleh memakai seluar ini kerana saiznya boleh adjust mengikut ukur lilit pinggang seseorang. Asalnya seluar ini digunakan oleh kaum lelaki sahaja tetapi kemudiannya diubah suai sedikit untuk kaum wanita. 

Untuk menampakkan keeleganan seseorang, seluar ini haruslah dipadankan dengan kurta pendek. Pilihlah kurta yang mempunyai corak berwarna-warni untuk menyerlahkan kecantikan si pemakai. Jenis-jenis kain yang sesuai untuk seluar patiyala ialah seperti kain kapas, kain silk, kain georgette dan brocade. Patiala merupakan pakaian kerabat diraja negeri Punjab di India. Patiyala ini akan tampak lebih bergaya jika dililitkan dengan selendang lembut di leher atau bahu si pemakai. Bagi wanita Islam, selendang tu bolehlah digunakan sebagai tudung. 

Patiyala sesuai dipakai dalam semua events. Boleh pakai untuk gi office, ke majlis perkahwinan, untuk bersantai dan tempat2 lain. Patiyala ni sangat selesa dipakai. Bila saya pakai rasa ringan je dan pergerakan pun bebas...boleh tunggang terbalik sebab memang selesa!!!




Fesyen Bollywood

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Ini blog pertama saya ya. Hari ni saya nak cakap pasal fesyen Bollywood. Saya perhatikan kat Malaysia ni, fesyen Bollywood ni agak famous dalam kalangan rakyat kita.

Saya rasa ramai yang minat fesyen ni sebab designnya banyak. Ada sari, punjabi suit, kurtis, lehenga, anarkali dan macam-macam lagi. Untuk lelaki pula, ada sherwani, dhothi, dan kurta. Untuk lelaki pilihannya lebih terhad sikit. Yalah, dunia fesyen kan untuk perempuan. Orang lelaki tak main-main la berfesyen sangat. Asal selesa dan bergaya cukuplah ya kan?

Sebab lain, saya rasa mungkin fesyen Bollywood ni nampak lebih bersopan. Terpulang pada si pemakai macam mana mereka nak baju-baju tu. Yalah kan semua tu asalnya kain je. So ikut suka hati masing-masing la nak jahit camna. Macam saya ni lebih suka yang bersopan, tak jengkellah orang memandang. Saya ni jenis yang mementingkan keselesaan berbanding extreme design. Saya tak kisah orang nak cakap kuno ke apa. Yang penting bagi saya tak seksi dan selesa. Sebab tu saya biasanya pilih style churidar ataupun patiyala untuk punjabi suit ataupun dikenali sebagai salwar kameez di India. Anarkali pun not bad but cos saya dah masuk 40an, so tak adalah minat nak pakai anarkali. Kalau girls yang tinggi lampai pakai, memang nampak gorgeous sangat.

Fesyen Bollywood yang paling saya suka ialah pakai saree. Sesuailah dengan penampilan saya sebagai isteri dan ibu. Saree ni pun boleh digayakan daripada seseksi-seksinya kepada yang bersopan. Saya tengok wanita-wanita Indian Muslim memang pakai saree pun. Tak seksi pun!. Kalau kena dengan cara pemakaiannya, memang nampak sangat anggun kalau pakai saree campur pula dengan akseksori Bollywood seperti bindhi, necklace dan bangles. Kain saree ni pun ada yang lembut dan ada yang berat. Harga pun boleh tahan juga. Kalau you all minat nak try pakai saree, rajin-rajinlah singgah kat youtube..surf lah video2 yang ajar pakai saree. Banyak video-video kat situ.

 Kebanyakan saree dan punjabi suit saya, saya order direct dari Inida. Saya ni jenis pemalas, tak suka jalan lama-lama kat luar. Lagipun cuaca sekarang panas. Kalau pergi kat kedai, rambang mata dan time pun tak cukup nak singgah kat semua kedai. Lagi satu saya ni cepat pening kalau tengok banyak colour2 striking. So saya lebih suka shop online. Bila order dari India, penjual tu dah siap jahitkan baju saya ikut my size. Walaupun bukanlah perfect sangat ukuran, but saya puas hati sebab tak perlu alter. Kalau beli kat kedai, kadang2 fesyen yang saya suka tu, saiznya pula bagi masalah either terlalu kecil ataupun terlalu besar. Malas saya nak bawa gi alter. Upah jahit pula jauh lebih murah berbanding jahit kat Malaysia. Kalau kat Malaysia, upah jahit punjabi suit biasa pun dalam lingkungan RM60-RM80. Kalau jahit kat India baru dalam RM35. So kalau dapat saiz suit yang tak betul2 fit dengan my body, saya tak komplain sebab upahnya murah. Lagipun, faham-fahamlah kita order online, mana boleh dapat betul2 fit. Sedangkan kalau order kat tailor local pun masih ada yang kena alter inikan online.

Oklah saya rasa cukuplah entri saya kali ni cakap pasal fesyen bollywood ni. Kalau you all nak tengok latest design, bolehlah klik perkataan-perkataan yang highlight biru tu. Itu website saya. Saya buat sebagai koleksi tapi kalau ada yang berminat nak order, silakan no problem. Thank you ya sudi luangkan masa untuk baca entri saya yang tak seberapa ni.